22 July 2010

kawan usia 12 taun



wah...sangat suka sekarang. melalui muka buku yang baru sahaja pelajari dua tahun lepas, menggodek godek, berjumpa kawan kawan lama yang sangat lama 19 taun tidak pernah berjumpa selepas usia 12 tahun

berjumpa di muka buku sudah menerbitkan kegembiraan di hati

di usia 12 tahun adalah kanak kanak, sangat tidak sopan di waktu itu, sangat comot dan sangat kebudakan melampau. bergaduh seperti berebut pensel atau pemadam adalah biasa. kemudian menggelarkan kawan dengan nama buruk dan jijik...sangat keji.

masih di ingati, dibuli budak nakal, menangis kemudian mengadu kepada ibu bapa di rumah. tidak dipedulikan langsung. sangat kecil hati. di sekolah besoknya berkawan seperti biasa sambil bermain berebut tiang dan lompat tali. lucu.

kenangan di sekolah rendah memang tidak dapat di lupakan,tetapi terlupa jua disebabkan faktor usia yang semakin meningkat menjadi semakin pelupa

ucapan terima kasih buat muka buku mengumpulkan kawan umur 12 tahun. kalau tiada muka buku tidak berjumpa agaknya dengan mereka

NOTA DINDING : NAMA KAWAN KAWAN USIA 12 TAHUN

ketua kelas : nasrul fahmi

penolong ketua kelas : dalilah dahari

pengawas : firdaus, akmal fatiha, hayati (lain lain terlupa)

pengawas pusat sumber : sahida, syazwani

budak perempuan : idayu, shazila, zarini, adila, saida, mas atirah, siti sarah, norlizal darwani, fairus, munirah, hasanah, suziana maslinda, azizah, wan roshafizah, fatihah anis

budak laki laki : reduan, fauzuan, hilmi, lutfi, suaidi, hisyam, jailani, che arif, rahimullah, rozaili, shahrul izwan

NOTA KAKI : pangkat dan gelaran adalah tidak ingat. meminta maaf kepada yang tidak diberikan pangkat sebagai contoh, seharusnya adalah pengawas tetapi sekadar budak perempuan. daya ingatan sangat lemah di waktu ini. meminta maaf juga jika adalah kawan kawan di usia 12 tahun tetapi nama tidak di publishkan. mungkin nama anda terlalu panjang untuk di ingati, mungkin saya lupa. sila memberitahu melalui muka buku 'shazila nur' supaya saya mengingati anda sebagai kawan di usia 12 tahun saya


~end~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails