24 April 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia :)

Assalamualaikum....

Sekarang tengah hot dengan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Novelnya mestilah Cik Fara dah baca...hehehee..okey la, not bad lah ceritanya. Kalau drama, walaupon Cik Fara tak meminati Tiz Zakiah (HEROIN) tapi disebabkan HEROnya tu Izzue Islam, membuak-buak la Cik Fara nak follow drama tu..hehehee..padahal sebelum nie layan drama pun tidok. Cik Fara nie jenis tak sabar nak tunggu. Sebab tu malas nak follow drama-drama nie..






Izzue Islam...hensem kan budak nie.. Cik Fara dah jatuh cinta...hemo hemo..











Bukti Cik Fara dah bace Novel nie... :)





Sesapa yang tak penah bace novel nie, meh Cik Fara kongsikan sedikit Sinopsis cerita ni...layan k sume.. :))

SINOPSIS


Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. 


Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.
 


Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.
 


Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.
 


Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.



Okeys...bye..!!

Old Town White Coffee Alamanda


Assalamualaikum...

Semalam, tak tahu la kali ke berapa puluh kali dah Cik Fara ke Alamanda. Hadoii..dah nak buat cemana kan, situ je la tempat nak release tension lepas balik keje. Tensen sangat ke kerja tu Cik Fara oiii?

Dah habis pusing satu Alamanda tu, kami lepak kat Old Town White Coffee. Dak Sara la, teringin nak minom kopi katenya. Pelik gak, bukan kah dia tu tak suke minom kopi ka? Tanpa bertanya, Cik Fara membuat kesimpulan bahawa, Dak Sara tuh tensyen sesangat dengan kerja buktinya, sampai oder dua air untuk dia sorang. Pelik bukan?

Sebenarnya, Cik Fara tak pernah pun masuk Old Town. Ni kiranya kali pertama lah.  Minum ja, nak makan mcam tak menepati selera pulak. Yang best, wifi free...so memasing ralit ja dengan handphone memasing. Tak heran nak makan da.. Berejam kt situ..haiss..


Pilih menu bagai nak rak...padahal...belakon ja memasing...kikiki...





Sebab Dak Sara dok depan kami, maka kebanyakan gamba yang di snap adalah gambar beliau..nasib la... :')






Coffee ni kegemaran Cik Fara




Ok...bye..!

23 April 2013

Resepi : Meatballs ala Chef Fara


Assalamualaikum...

Weekend lepas, mod rajin memasak datang. Kalau dah datang tu Cik Fara memang tak leh buat apa la. Sebenarnya Cik Fara nie dah lame tak pegang sudip dan kuali. Dengar ke emak-emak mertua kat luar sana memang kompem lah rejek nak buat menantu >.<

Sebab dah lama mengidam nak makan Meatballs Ikea. Nak pegi memang tak lah. Jauh kan.. Pastuh, Beger Bakar Abang Burn lak promosikan menu baru, Meatballs yang super dupper AWESOME! Nak tahu awesome ke tidok.. sile tengok gambar kat bawah. Meleleh ayaq liuq habaq hang!!

Meatballs IKEA



 Meatballs Abang Burn



Jadi dengan bantuan Encik Google, maka terjumpa la resepi Meatballs nie. Gigih nie Cik Fara masak..amacam?? Nampak menarik tak?

Meatballs Chef Fara :)



Jom kongsi resepi meatballs neh. Ni Cik Fara cilok dari google. Korang boleh la try ye.. compem sedap.. yang Cik Fara watt u, lain sket sebab menggunakan bahan ape yang ade je kat umah. Siap tambah corn bagai. Pastu pulak, Cik Fara guna meatball yang dah siap tu. Lagi la senang..hehehee..

Resepi Meatball

250-300gm Daging Cincang 
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa


Cara-caranya:
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur .



Okey, Selamat Mencuba ya kengkawan.....

17 April 2013

Marilah kite mengedit gamba yo!


Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini, sangat obsess dengan edit-edit gamba menggunakan aplikasi neh. Bayangkan muka yang penuh dengan jerawat terus flawless gitu. Mesti la Cik Fara suke..hehehee

Bila ambik gamba tu, harus la menggunakan Camera360





Pastu, edit lak guna aplikasi Perfect365 memang kebabom la...boleh mekap-mekap, boleh wat mate besau, boleh pakai bulu mata pelesu..pastu bajet la retiss..





Amacam? Ok tak?

15 April 2013

Engagement tema biru turquoise dan baby pink


Assalamualaikum...

13 April 2013, adik lelaki Cik Fara dah selamat melangsungkan pertunangan dengan si buah hati. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Gigih Cik Fara balik kampong awal semata-mata nak tolong buatkan hantaran. Ye lah, dah Cik Fara sorang je anak perempuan dalam keluarga, nak harapkan si lelaki-lelaki tu entah jadi entahkan tidak hantaran tu =))

Dengan berkat kesabaran dan pertolongan emak, mengkritik dan memberikan idea maka terhasil lah hantaran nie. Tema biru pink sebenanya pilihan Cik Fara. Over kan iolls mengalahkan orang yang nak bertunang tu..kikikiki... 

TEPAK SIRIH




JUBAH & TUDUNG




APAM POLKA DOT




GULA-GULA




BUAH BUAHAN


Pertunangan adik nie simple sangat. Alhamdulillah, berjalan lancar. Cik Fara doakan, perhubungan yang di restui ini kekal hingga ke akhirnya.




bye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails