23 April 2013

Resepi : Meatballs ala Chef Fara


Assalamualaikum...

Weekend lepas, mod rajin memasak datang. Kalau dah datang tu Cik Fara memang tak leh buat apa la. Sebenarnya Cik Fara nie dah lame tak pegang sudip dan kuali. Dengar ke emak-emak mertua kat luar sana memang kompem lah rejek nak buat menantu >.<

Sebab dah lama mengidam nak makan Meatballs Ikea. Nak pegi memang tak lah. Jauh kan.. Pastuh, Beger Bakar Abang Burn lak promosikan menu baru, Meatballs yang super dupper AWESOME! Nak tahu awesome ke tidok.. sile tengok gambar kat bawah. Meleleh ayaq liuq habaq hang!!

Meatballs IKEA



 Meatballs Abang Burn



Jadi dengan bantuan Encik Google, maka terjumpa la resepi Meatballs nie. Gigih nie Cik Fara masak..amacam?? Nampak menarik tak?

Meatballs Chef Fara :)



Jom kongsi resepi meatballs neh. Ni Cik Fara cilok dari google. Korang boleh la try ye.. compem sedap.. yang Cik Fara watt u, lain sket sebab menggunakan bahan ape yang ade je kat umah. Siap tambah corn bagai. Pastu pulak, Cik Fara guna meatball yang dah siap tu. Lagi la senang..hehehee..

Resepi Meatball

250-300gm Daging Cincang 
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa


Cara-caranya:
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur .



Okey, Selamat Mencuba ya kengkawan.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails