18 July 2011

Resepi Biskut : Almond Snow

puasa belum lagi. tapi kat opis aku nie depa suma dok sibuk sibuk jual biskut raya. Aku cam biase kalau oder pun mesti almond london jek. yang lain lain tu buat sendiri je. sedap tak sedap janji abes..

taun lepas aku ader wat biskut almond snow nie. tapi macam tak jadi jek. mase aku try test org lain buat cam sedap sangat. bile kean tang aku buat, tiba tiba ku rasakan someting yang tak kena. tak tahu la. resepi cam biasa servey kat tenet jek. jadi tak jadi tu bergantung kepada tangan seseorang barangkali..

BISKUT ALMOND SNOW



Bahan A/
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi
1/2 bj kuning telur

Bahan B/
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.

Resepi ni sangat senang buat. Gelek-gelek, pastu gunting-gunting. Biarkan dia kecil-kecil sebab nanti nak dicoat dengan choc dan serbuk roti, jadi besar. Untuk cairkan choc, takyah guna double boiler segala. Masukkan dalam Microwave dalam 30 secs. Nampak macam tak cair, tp keluarkan juga dan kacau, nanti dia jadi cair. Boleh guna. Cuma jangan cairkan sekali banyak, buat sikit-sikit.

~copy paste from google~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails